Sunday, May 16, 2010

RAKAMAN MERAH JAMBU MERAH

Merah Jambu Merah (MJM) Mula di rakamkan pada 7hb mei sehingga 8 mei 2010 untuk episod satu. alhamdullillah kerana pre pro yang di buat secara teliti antara saya dan abang saya Aziz Abas sepanjang April rakaman berjalan lancar. banyak pihak yang memberikan sokongan kepada kami, khususnya dari MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR yang memberikan sokongan seratus peratus apabila membenarkan kami memilih BUKIT MALAWATI, TAMAN AQUARIUM IKAN AIR TAWAR , TAMAN KELIP KELIP KAMPUNG KUANTAN , TAMAN ALAM dan sekitar kawasan menarik di Kuala Selangor sebagai lokasi pengambaran kami. Manakala appartment milik MDKS menjadi tempat penginapan kami. Appartment yang bersih dan cantik ini akan menjadi rumah kedua kami setiap hujung minggu bulan Mei dan sepanjang cuti sekolah pada bulan Jun nanti.

Memang agak meletihkan di peringkat awal penerbitan ini. maklumlah pelakon MJM 90% adalah kanak kanak sekolah rendah yang kebanyakannya tak pernah berdepan dengan kamera TV. Pelakon dewasa pula terdiri dari WAZATA ZAIN sebagai TOK WAJA dan pelakon baru AZRI ANUGERAH sebagai Mat lahab.

Walau pun sudah lebih dari 10 tahun menyepikan diri dari dunia penerbitan, semangat saya untuk mengarahkan drama kanak kanak ini rasanya masih belum luntur. bergerak dari set ke set pengambaran di lokasi dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam tidak terasa penat meski pun usia sudah memanjat tua. malah seronok melayani kerenah dan keletah kanak kanak yang bakal menjadi permata negara ini.

Mungkin keseronokan di lokasi itu banyak di bantu oleh krew penerbitan yang telah di pilih. krew kamera dari Damai Picture tidak ada masalah untuk bekerja dengan saya. Pembantu yang lain turut memberikan kerjasama yang penuh sehingga mnimbulkan keceriaan di set rakaman. rasanya saya perlu ucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja dengan penuh dedikasi ini untuk memastikan MJM berjalan dengan lancar .