dari PERMINTAAN APA ITU ke MERAH JAMBU MERAH

Sewaktu bertugas di Rangkaian Nasional Radio Malaysia pada tahun 70-an dan 80-an , saya turut di kenali sebagai Abang Cik, selain di kenali sebagai sorang DJ yang bernama Zainalabas. Abang Cik adalah nama panggilan saya bersama Kak Yong Tengku Mariam . kami keudara berpasangan setiap Sabtu melalui Rangkaian Nasional Radio Malaysia (kini di kenali sebagai Klasik Nasional) - melayani surat adik adik yang masih bersekolah rendah yang memberi pendapat tentang tajuk 'apa itu...' yang kami berikan setiap minggu. Lebih dari enam tahun kami berpasangan dalam rancangan 'permintaan apa itu!'. Alhamdullilah, kami di terima pendengar pada waktu itu. Kerananya juga panggilan 'Abang Cik' terhadap diri saya terlekat dalam panggilan mereka yang mengenali saya sehingga sekarang.

Rancangan 'APA ITU' telah saya tinggalkan pada tahun 1984, satelah genap 10 tahun bersiaran dengan RTM sebagai seorang DJ. Bolehlah di katakan , saya mengundurkan diri dari dunia penyiaran sewaktu nama di puncak. Syukur saya , ada di  antara pendengar setia RTM pada tahun 70-an 80-an itu masih mengingati diri saya!

Keluar dari RTM dulu bukan kerana merajuk atau apa. Cuma waktu itu saya merasakan 'cukup 10 tahun saya di kenali sebagai sorang juruhebah'. Kalau ada yang mengingati saya , alhamdullilah.

Sempat juga saya bersiaran dengan TV 3 kemudiannya sepanjang tahun 1986 apabila saya di pilih sebagai pengacara MUZIK MUZIK 86 / ANUGERAH JUARA LAGU 86. Sempat juga saya bergandingan dengan Toh Puan  Habibah Yusof sebagai pengacara tetap, dan pada bulan Nobember 1986 berpasangan dengan Ida Nerina , sewaktu Habibah yang di kenali sebagai Bib mengambil cuti tahunan selama sebulan.

Itu kerja di depan kamera. tapi kemudiannya saya memilih untuk bekerja di belakang kamera. Saya di lantik menjadi Penerbit Penyama oleh Datin Wan Rohani Zin rakan baik dari RTM yang mau menerbitkan rancangan Drama bersiri SITI ZULAIKHA , drama berthemakan keagamaan yang di siarkan di sepanjang bulan Ramadhan di TV1 untuk dua bulan Ramadhan dua tahun berturut2 pada akhir tahun 80-an. 60 siri drama ini mengajar saya tentang'shot', 'scene'  dan dunia pengarahan Drama TV.

Pertengahan tahun 90-an sekali lagi saya menerbitkan rancangan kanak kanak. Kalau dulu di radio, kini beralih ke TV. Rancangan kanak kanak 'Along' di berikan kepada saya untuk mencorak kandungannya oleh rakan baik saya (kini Allahyarham) Wahab Haroun.rancangan terbitan 59 Comm. itu sempat saya corak dan terbitkan sebanyak 3 musim @ 39 siri.

Dan kini, di tahun 2010 ini -   satelah sekian lama menyepi diri : saya kembali untuk menerbitkan sebuah lagi rancangan TV Drama kanak kanak, dengan judul dan konsep yang di cipta oleh abang saya sendiri Hj Abdul Aziz Abas, dalam judul : MERAH JAMBU MERAH!



 

No comments: