Wednesday, October 5, 2011

MENIMBA ILHAM DARI ANUM (oleh ZABIDIN ISMAIL)


PETIKAN RENCANA TULISAN ZABIDIN ISMAIL BERJUDUL

MENIMBA ILHAM DARI ANUM YANG TERSIAR DALAM AKHBAR BERITA MINGGU KELUARAN 29 MEI 1994

Dunia penulisan Melayu modern kini berusia hampir 60 tahun. Dalam temnpoh itu banyak penulis datang dan pergi. Malah sesetengah yang pergi kemudian semacam membenci dunia pemuisian sehingga namanya tidak lagi menghiasi dada akhbar dan majallah.

Begitulah barangkalinya terhadap penyair yang sedikit masa lampau di anggap berbakat dan berpotensi besar. Dia ialah Kasajiza A.S.

Dekat 70-an menyaksikan nama Kasajiza A.S. begitu di kenali kerana dia ‘memiliki’ dua media – letronik dan cetak. Media lektronik khususnya radio tempat dia bertugas dan sering memperdengarkan suaranya menerusi rancangan ‘Suara Hati’ yang kemudian di ganti dengan ‘Gema Irama’.

Suara Kasajiza A.S berkumandang membaca rintihan kalbu serta curahan hati pendengar dan peminat rancangan itu ia itu S.I.Wanha dari Kampung Sungai Wang , Jitra Kedah (kini dia tidak menulis lagi) yang selalu menceritakan perit getir bersama ibunya dalam sebuah pondok usang.

Kasajiza A.S sebagai pengelola rancangan berkenaan kadang kala terpaksa membacakan karya sendiri kerana sumbangan dari peminat tidak sampai ke meja penerbit. Menerusi ruangan inilah dia menyerlahkan bakatnya sebagai penyair merangkap penyiar bersuara romantik di adun pula dengan bait puisinya yang melankolik. Sedap di dengar dan mempunyai peminat tersendiri.

Begitulah Kasajiza A.S anak kelahiran Hutan Melintang Perak. Nama sebenarnya Zainal Abas , di lahirkan pada 14 April 1950 dan adik kepada ‘Adly Azamin (Aziz Abas) novelis Rumah Kuning , bekas guru yang menjadi penyiar yang kini berjawatan Pengarah TV di RTM.

Kasajiza A.S pernah berkhidmat dengan RTM selama 10 tahun sebelum memasuki dunia perniagaan pada awal tahun 80-an sehinggalah sekarang. Memulakan kerjaya penulisannya pada awal tahun 70-an . Kasajiza A.S pernah memenangi Hadiah Karya Sastera 1971 menerusi puisinya Pepatung.

Pada tahun 1972 lahirlah antoloji perseorangannya berjudul HIDUP TAK SELALUNYA INDAH, HATI TAK SELALUNYA GELISAH. Manakala kumpulan bersamanya pula ialah NAFAS KEMANUSIAAN dan HADIAH KARYA SASTERA 1971-1973 terbitan DBP.

Tidak saperti penulis lain Kasajiza A.S hanya menjuruskan pena menggarap puisi dan sesekali menulis lirik lagu. Antara yang mendapat tempat di hati pendengar ialah ‘SELASIHKU SAYANG’ 1976.

Kasajiza A.S sebenarnya mempunyai bakat melahirkan puisi romantik dan melankolik yang menelurkan kekuatan tersendiri menerusi ungkapan dan bahasa sederhana. Dalam meneliti sejumlah puisi masa lampaunya, di temui beberapa kuntum yang khusus membicarakan seorang wanita bernama Khadijah Anum.

Nanum sebelum dia begitu intim dengan Anum, Kasajiza A.S mencatatkan pertemuan awal dengan gadis ini menerusi puisinya DI EL JI yang tersiar dalam Utusan Zaman sekitar tahun 1973. Dia menulis begini:

Lalu duduklah ia
di sebalik pohonan kayu

sewaktu panas sedang terik

menikami rambut hitamku.

Inilah bait puisinya dalam memulakan episod perkenalannya dengan Anum. Daripada pertemuan di El Ji itu, secara rambang Kasajiza A.S sudah boleh mengenali hati budi gadis itu, lihat baris seterusnya:

Ia senyum dan mengamati

angin petang yang nakal

aku tersenyum dan menyenangi

rambut panjangnya yang ikal

lalu aku ke sisinya

dan mula pada menyisir

rahsia rambutnya yang bakal ku kenal.

Detik pertemuan yang serba manis ini nampaknya menawarkan persahabatan berpanjangan. Dia menikmati erti sebuah persahabatan itu dengan penuh penghayatan lalu menyingkap kembali zaman persekolahannya bersama Anum. Berikut hayatilah puisi ANUM:MEMORI 1 (Majallah Sarina November 1976 hlm 123) yang penuh nostalgia:

Sewaktu melalui Jalan Batu

teringat pada sekolah kita yang dulu

pada kantin dan pokok ceri

di mana kita bertukar buku


dan aku yang nakal

sering menyentuh hujung kukumu

dan engkau yang manis

akan memijak hujung sepatuku

atau sewaktu loceng berbunyi

engkau menjeling kearahku

dan macam selalu

aku pun tau.

Selalunya ucapan cinta peribadi jarang di siarkan dalam media cetak dan hanya di simpan sebagai koleksi sendiri. Tetapi istimewanya puisi Kasajiza A.S ia mendapat tempat yang wajar. ANUM: MEMORI 2(ibit hlm 105) adalah lanjutan thema puisi di atas. Bagi penyair ANUM adalah gadis penawar dukanya lantas dia menulis perwatakan ANUM:

Dengan senyuman yang paling menawan

membuangkan gundah di hatiku

dan engkau pun mengucapkan perlahan

lembut dan perlahan

ketelingatku:

lupakan luka pembalut jiwa

binakan keindahan darinya.

Kasajiza A.S menggunakan bahasa sederhana yang mudah di fahami. Namun ada semacam kecenderungan memberi khalayak sasar menikmati sepenuhnya thema yang tersurat. Lantas dia mengkesampingkan unsur perlambangan dan absurd. Penulisan puisi gaya bercakap ini berupaya menarik pencintanya untuk menghayati dan mengemari genre ini. Sebenarnya inilah sebaik cara mendekatkan puisi dengan masyarakat yang tidak memahami sastera.

Gaya demikian di perlihatkan Kasajiza A.S dalam puisi berikutnya berjudul ANUM: MEMORI 3 (Ibit Mac 1977 hlm 128)

Rembang petang dan senja Hutan Melintang

telah kau temui

daun sendayan dan Jalan Tanjung Bayan

telah kau lalui

di samping kau renungi sungai

tempat di mana aku bermandi

di samping kau renungi surau

tempat di mana aku mengaji

………

Tetap jua saperti dulu

cinta ibu kepadaku

kini tertumpah kepadamu.

Menerusi puisi ini nyatalah Anum sudah mengerti dan mengahwini kehidupan Kasajiza A.S. Sebagai anak kampung yang terdidik cara tradisional murni , tentunya juga Anum memikat hati ibunya dan Anum tidak lagi menjadi rahsia. Sebaliknya kehadhiran Anum menerbitkan rasa cinta yang akan di layari ke pelabuhan perkahwinan. Cinta sejati tentunya berakhir di jinjang pelamin. Begitulah episod serba manis Kasajiza A.S yang di lukis dalam puisi KHADIJAH ANUM (ibid – edisi JUNE 1976)

Saperti hasrat ibu yang tua

Anum! Kita pun melangkah

dengan amat perlahan

ke gerbang bahagia.

Tiada apa yang lebih manis selain dari menerima restu seorang ibu. Lebih lagi sewaktu mendirikan rumah tangga. Restu orang tua penting dalam mengejar kehidupan berkeluarga bahagia lagi berkat.

Meneliti semua puisi ini kita di bawa melayari sama setiap episod kehidupan penyair dari alam persekolahan ke alam dewasa seterusnya ke zaman berumah tangga.

Bertolak dari perkahwinannya dengan Anum , lantas dia mengungkapkan betapa seorang isteri solehah itu wajar berkongsi masalah dan penderitaan bersama suaminya. Lihat sajak Seorang Isteri (NAFAS KEMANUSIAAN 1980:84) Kasajiza A.S memuji Khadijah Anum , katanya:

Tempat di mana kita bermanja

menjadi raja sekaligus

seakan kanak kanak di ribaannya.

Tempat di mana kita berbicara

menjadi hakim sekaligus

di rasakan peguam bela kepadanya.

Tempat di mana kita merasakan

Inilah pangkalan paling awal

Untuk menyatakan:

“abang dalam kepayahan!”

Penyair memberi harapan tinggi terhadap isterinya. Betapa ia berdoa agar pernikahannya itu beroleh kesejahteraan dan berkekalan hingga ke anak cucu. Namun takdir menentukan segalanya. Sesungguhnya nasib tidak menyebelahi kita. Dan Kasajiza A.S juga terpaksa menelan hakikat itu.

Bagi setiap perkahwinan matlamat utama lazimnya adalah zuriat. Tetapi bagi penyair matlamat perkahwinan dengan Anum tidak tercapai. Dan dia meratapi di pusara anaknya. Rintihannya itu di simpulkan melalui puisi: Di sini aku kembali kepada rindu, untuk menatap wajah manismu (ibid – halaman 83)

Aku yang seharusnya kau panggil abah

Kekinian menziarahi persemadianmu

Membayangkan wajah yang belum di kenal

Di sini aku tertunduk dan menumpahkan

Titisan air mata dan dengan amat perlahan

Ku ucapkan juga nama manismu

Di sini aku kembali kepada rindu

Selamat bersemadi Anumizawati

Abah dan mama kekinian di kahwini sepi.

Biar melaut air mata menitis. Merintih kepada yang telah pergi namun dia tetap pergi menemui Tuhan Yang Maha Esa . Firman Allah S.W.T bermaksud: “bahawa mati yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu juga. Kemudian dia akan di kembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara perkara ghaib dan nyata. Lalu dia akan khabarkan kepada mu pada apa yang telah kamu lakukan (perbuat).” – Al Jumuah. 8

Saperti manusia lain yang bersifat lemah dan dhaif, Kasajiza A.S juga tidak berupaya menyembunyikan kesedihan itu. Ratap tangisnya yang di ceritakan melalui puisi, menceritakan segala galanya yang di bungkus melodramatik.

Menyimpul tulisan ini tentunya ramai peminat Kasajiza A.S berasa arena pemuisian tanahair amat rugi kerana dia sudah pamit dari dunia puisi. Apakah selepas ini dia akan terpanggil untuk menggarapkan banyak lagi puisi romantis?

Thursday, September 22, 2011

NAMA PENA KASAJIZA A.S

Kasajiza A.S. itulah nama pena saya. Nama pena yang saya cipta apabila saya ingin menulis sajak seawal tahun 1970 dahulu.

Nama pena ini saya cipta kerana pada waktu itu ada penulis yang nama mereka sama nama dan hampir sama dengan nama saya ia itu Zainal Abas. Terdahulu dari saya ada seorang penulis dari Singapura yang menggunakan nama Zainal S. Abas sebagai penulis lirik lagu yang berjudul SUMBANGSEH dendangan penyanyi M.Bakri. Seorang lagi penulis bernama Zainal Ariffin Abas ia itu seorang penulis buku sejarah.

Untuk tidak mengelirukan pembaca, kerana berhasrat untuk menjadi penulis (saya memilih menulis sajak waktu itu kerana minat saya terhadap puisi begitu mendalam!) saya pun mencipta nama KASAJIZA A.S. untuk nama pena saya!

Ramai rakan rakan bertanya apa maksud KASAJIZA A.S. itu, Sewaktu remaja saya agak malu menjawabnya dan menjadikannya sebagai satu rahsia. tetapi satelah saya berumah tangga, dan ramai rakan rakan yang mengenali saya dan isteri mereka mula bertanya apakah nama KASAJIZA A.S. itu gabungan nama saya dan isteri, akhirnya saya terpaksa juga memberikan jawaban. memang itulah sebenarnya!

Nama saya Zainal bin Abas. Nama isteri saya ialah Khadijah Anum binti Sihat. Kami berkenalan sewaktu saya berusia 17 tahun dan dia berusia 16 tahun. Kami sama sama bersekolah di Loh Institute (sebuah sekolah swasta) di Jalan Batu , Kuala Lumpur. Sekolah tersebut terletak di satu lorong ke Pawagam P.Ramlee pada tahun 60an itu. Saya waktu itu di dalam Tingkatan 3, Anum di dalam Tingkatan 2. Dua nama itulah saya gabungkan untuk nama pena KASAJIZA A.S.

Cinta kami mula berputik sewaktu bersekolah itu. dan rasa cinta itu saya rakamkan dalam sajak sajak saya yang berjudul Khadijah Anum, Anum 1, Anum 2 dan Anum 3 yang tersiar dalam majallah Sarina pada tahun 1970-an apabila saya dan Anum di ijab kabulkan pada 5 Ogos 1975. (untuk membaca sajak sajak tersebut sila rujuk Nota saya dalam FACEBOOK saya melalui akaun ZAINAL ABAS.)

Tetapi yang menariknya , apabila saya merasakan tentu tak ada orang lain yang mau menggunakan nama tersebut sebagai nama pena, saya dapati paling tidak ada dua insan yang turut menggunakan nama tersebut. Pertama seorang penulis cerpen pada tahun 1973 (atau mungkin pada tahun 1974) menggunakannya sebagai penulis cerpen untuk majallah URTV pada tahun itu. Judul Cerpennya MAIN JARI. Cerpen tersebut penuh erotic yang membuatkan saya sendiri malu untuk membacanya. Cuma bedanya penulis tersebut menukar sedikit nama itu kepada KASJIZA AS. Waktu itu saya duduk di Kuantan Pahang dan bekerja dengan Jabatan Talikom di sana, sebelum saya menyertai RTM.

Pada waktu itu, apabila mengetahui dan membaca cerpen tersebut, saya sendiri terasa malu untuk berjumpa dengan kawan kawan penulis. Ini kerana sewaktu cerpen tersebut tersiar saya tidak membacanya. Sewaktu Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) cawangan Kuantan ingin mengadakan mesyuarat agungnya penulis Sahmad Malaya (Allahyarham) menemui saya dan bertanya : Sejak bila tukar profesion? Sewaktu itu saya termanggu dan bertanya profesion apa? Allahyarham katakan : Dari seorang penyair kepada penulis cerpen erotic. Saya terus kebingungan kerana tidak tau. Lalu Allahyarham mengeluarkan majallah URTV pada waktu itu dan menyerahkan kepada saya dan menunjukkan cerpen yang hanya wajar di baca oleh orang dewasa saja itu.

Satelah membacanya saya terus menafikan cerpen tersebut saya yang tulis. Secara kebetulan pula wartawan Utusan Melayu cawangan Kuantan En Harun Hassan (kemudian jadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Trengganu dan jadi Setiausaha Akhbar MB Trengganu) yang sama sama menjadi AJK DPMP cawangan Kuantan menghulurkan bantuannya untuk menghubungi Pengarang URTV di Jalan Chan Sow Lin waktu itu. Bersusah payah Harun Hassan membawa kami ke pejabatnya di Jalan Besar Kuantan itu. Terus saja menggunakan talipon di pejabatnya untuk menghubungi Pengarang URTV.

Tidak sukar untuk kami berbincang dengan Pengarang URTV itu. Pengarang tersebut mengakui memang cerpen itu bukan karya saya. Tetapi di tulis oleh seorang penulis baru yang menggunakan nama tersebut yang berbeza hanya dia menggunakan nama pena KASJIZA AS dan saya KASAJIZA A.S. Nama batang tubuh penulis tersebut pula tidak sama dengan nama saya yang sebenar. Untungnya saya yang terlebih dahulu menggunakan nama itu. Ini terbukti apabila karya saya memang sering mendapat tempat dalam penerbitan Utusan Melayu , lalu menurut Pengarang URTV itu pada waktu itu, dia akan menasihatkan penulis baru itu menggunakan nama pena lain untuk karya beliau seterusnya.

Pada keluaran berikutnya URTV telah memohon maaf dari saya kerana insident tersebut dalam ruangan cerpen yang di tulis. Pengarang URTV menggunakan pond besar dalam penyataan mohon maafnya itu kepada saya itu! Sejak itu tidak ada lagi hasil karya khususnya cerpen hasil karya penulis yang menulis atas nama Kasjiza a.s. itu!

Kisah itu terjadi kira kira 37 tahun yang lalu. Kini saya sudah jarang menghantar karya kepenerbitan arus perdana. sebagai mengisi usia senja ini saya bergerak dalam kegiatan NGO's saperti menyertai badan badan sukarela dan Persatuan penulis. Sebagai mengisi masa lapang saya turut mengisi waktu dengan melayari laman sosial Facebook dan menulis dalam blog. Untuk Facebook saya menggunakan nama sebenar. Manakala untuk blog saya menggunakan kedua dua nama ia itu nama sebenar dan nama pena. Untuk blog saya menggunakan akaun blogspot.

Yang menariknya pula, sewaktu melayari FB dan ingin memasuki blog sendiri, sewaktu menaip perkataan KASAJIZA , telah muncul di wall saya nama pengguna yang membuka Akaun FB menggunakan nama pena saya KASAJIZA AS. Ini membuatkan saya ingin tau, siapakah gerangannya yang menggunakan nama pena saya itu , sedangkan saya sendiri tidak pernah membuka akaun FB sedemikian.

Ini membuatkan saya ingin tau dan pergi ke wall mamat tersebut. Apa yang saya dapati akaun tersebut di buka sebelum 21 Mei 2011 (sebab post pertamanya pada tarikh tersebut) . Mamat tersebut mengaku dirinya berbangsa MELAYU. Tetapi yang nyata, kawan kawannya seramai 12 orang kebanyakannya berwajah saperti orang Hindustan. Nama pun ala Hindustan dan seorang seakan orang Mongolia. Jantina Lelaki dan gemar berkawan dengan Perempuan. Simamat ini tidak banyak yang boleh saya ketahui. Tiada maklumat tarikh lahir, tempat asal dan kegemarannya. Malah gambar diri nya pun tidak ada. Gambar profilenya gambar yang menunjukkan sepasang remaja di taman. Dan inti sembangnya banyak pada unsur unsur percakapan lepas laku tidak bertapis remaja dunia. Saya mengesyaki pengguna ini bukan orang Malaysia, kerana 12 kawannya iti tak seorang pun bernama Melayu walau pun dia mengaku berbangsa Melayu!

Saya telah pun membuat Report/Blok kepada Pengurusan FB menggenai pengguna ini pada malam tadi. Saya tidak tau sepantas mana mereka bertindak. Saya telah membuktikan bahawa nama pena KASAJIZA A.S. itu telah saya gunakan sejak awal dan ianya terdapat dalam beberapa lagu yang tersiar di You Tube yang ada menyimpan lagu yang liriknya hasil tulisan saya.. Ini kerana saya merasakan si mamat ini berselindung di sebalik nama pena saya . Dan Kasajiza a.s. itu adalah 'harta intelek' saya di bawah undang undang Hakcipta.

Begitulah yang berlaku kepada saya. Saya lari dari menggunakan nama sebenar dalam ciptaan LIRIK LAGU dan PUISI kepada nama pena , masih ada juga manusia lain yang inginkan 'satu nama' dengan nama saya ! Saya tidak mau menggunakan nama yang hampir sama dengan penulis lain, kerana tak mau orang tersalah anggap kepada kami yang mempunyai nama dua serupa. Sedangkan dalam mengelak menggunakan dua nama serupa itu, satu peristiwa yang agak lucu (kalau boleh di katakan lucu) telah pun terjadi kepada saya, kisahnya begini:

Suatu hari pada akhir tahun 1990-an dahulu, seorang juruhebah di Klasik Nasional (waktu itu di kenali sebagai Ritma) telah membuat hebahan tentang lagu SUMBANGSIH dendangan M.BAKRI . Juruhebah tersebut antara lain membuat hebahan: Itulah lagu populer tahun 70-an yang di cipta oleh Allahyarham Zainal S. Abas... yang kebetulan sahabat karif saya Datin Wan Rohani Zin bekas penyiar yang seangkatan dengan saya mendengarnya sewaktu memandu kenderaan. Datin apabila sampai ke pejabat terus mengarahkan kakitangannya untuk mengadakan majlis tahlil untuk saya dan dengarnya berungut kerana tak ada siapa pun yang memberitaunya tentang 'kematian' saya. Dan entah mengapa, hari itu tergerak hati saya untuk menalipon pejabat sahabat saya itu untuk bertanyakan khabar satelah lama kami tidak bertanya berita. Jadi riuhlah satu pejabat ASA FILM waktu itu, kerana saya tak jadi mati. Dan rakan saya terduduk di pejabatnya dalam termanggu hampir satu jam salepas mendengar suara saya pada waktu itu!

Dan , itu jugalah yang saya takut berlaku kepada akaun FB yang menggunakan nama pena saya itu. Saya takut orang salah anggap , apabila si mamat itu nanti, kalau dia berbincang dan berbicara sesuatu topik (apa lagi yang hangat) pembaca akan mengatakan , itulah saya!

Tuesday, May 10, 2011

Saya adalah penulis kelahiran Perak Darul Ridhuan!

Meski pun saya sekarang menetap di Selangor, dan bergiat aktif dalam Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI) sejak persatuan ini di tubuhkan pada tahun 1971, dan sebelum ini pula turut menganggotai Persatuan Penulis Nasional (PENA) dari tahun 1970, menjadi ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang cawangan Kuantan (1972 - 1974) dan Persatuan Penulis Trengganu (PELITA ) sekitar tahun 1976-1979) saya sebenarnya pernah menjadi ahli Persatuan Penulis daerah Hilir Perak PENTAS pada tahun 1969, sebelum saya berhijrah ke Kuala Lumpur.

Dengan PENTAS saya sempat mengikuti satu kursus penulisan di salah sebuah Sekolah Menengah. Penceramahnya waktu itu ialah Penyair ATONDRA (kini Dato) MALUNGUN (kini Allahyarham) AR KAMALUDIN (waktu itu bertugas dengan Utusan Melayu) Dan abang saya sendiri ADLY AZAMIN yang waktu itu bertugas dengan Radio Pendidikan Malaysia. Itulah sekali kegiatan PENTAS yang pernah saya ikuti, kerana selepas itu saya berhijrah ke Kuala Lumpur , menetap bersama sepupu saya Pelukis Anak Alam Mustaffa Hj Ibrahim di Dato Keramat Kuala Lumpur, dan bekerja pula sebagai Pegawai Kerani di Jabatan Talikom Malaysia (Pusat latihan Talikom di jalan Gurney Kuala Lumpur.

Oleh kerana di Jalan Gurney ada rumah penyair Atondra yang bersekali dengan Trengkas Melayu Institut, kegiatan penulis muda waktu itu ( saperti Yassin Salleh, Ismas Saring, Ahmad Sarju, Ahmad Razali, Muhana Sahimy, Halimah Hj Ahmad, S.Panit, Hassan Tengkar, Atondra dll) banyak tertumpu di situ. Ada pertemuan dan perbincangan sastera di adakan di situ di setiap awal bulan. Saya yang mula berjinak jinak dengan dunia penulisan itu turut di pelawa oleh Atondra untuk turut serta dengan mereka. Tiga rakan sebaya saya yang lain turut serta dalam kegiatan di rumah Atondra itu ialah Ghazalli Hj Ibrahinm (adik Mustaffa Hj Ibrahim, sepupu saya) dan penyair Mohd Wan Dagang seorang penyair dari Trengganu yang bertugas sebagai anggota Pasukan Polis Hutan!

Diwaktu yang sama kumpulan penulis yang sering bertemu di rumah Atondra itu turut menubuhkan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor, ia itu KEMUDI. Jadi saya turut menjadi ahli yang sama sama menubuhkan KEMUDI itu, kerana pada waktu itu (1972) 6 orang dari ahli yang berkumpul setiap hujung bulan di rumah Atondra itu memenangi Hadiah Sastera untuk tahun 1971. Enam orang ahli KEMUDI yang menang hadiah Sastra itu ialah Halimah Hj Ahmad, S.Panit, Ahmad Sarju, Hadzrami A.R. ,seorang lagi saya lupa dan diri saya sendiri. Tiap kami menyumbang RM 100 untuk tabung Kemudi dan kami di nyatakan oleh Dato A.Samad Maharuddin selaku YDP KEMUDI, kami 6 orang ini di angkat sebagai Ahli Seumur Hidup KEMUDI. (tapi apabila saya check semula dgn KEMUDI pada tahun 2000, saya bukan ahli seumur hidup KEMUDI!- he he...gitulah politik persatuan penulis!)

Diwaktu yang sama saya turut menjadi ahli PENA, Sekitar bulan April 1972 itu saya mengikuti kursus penulisan secara intensif anjuran PENA selama 2 minggu di Wisma Belia, Kampong
Pandan. Pulang dari kursus saya menerima surat dari DBP yang menyatakan sajak saya berjudul PEPATUNG menang hadiah sastera. Saya di minta hadhir untuk menerima hadiah tersebut dari Perdana Menteri waktu itu Allahyarham Tun Abdul Razak pada malam tersebut.Alangkah gembiranya saya, gembira bukan kerana memenangi Hadiah Sastera. Gembira kerana dapat bertemu dan bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia yang di kasihi ia itu Tun Abdul Razak Husein.

Yang menariknya pula sewaktu gambar saya keluar di surat khabar Utusan Malaysia sebagai pemenang hadiah sastera termuda itu pada pagi lusanya, apabila sampai di pejabat Talikom Malaysia di Jalan Bukit Nanas, saya menerima ucapan tahniah dari penyelia saya dan dia juga terpaksa menghulurkan sepucuk surat dari Ketua Pengarah Talikom yang tarikhnya tertulis dua minggu sebelum itu, ia itu sewaktu saya menghadhirkan diri dalam kursus penulisan PENA itu. Surat tersebut adalah surat arahan untuk saya bertukar ke Jabatan Talikom Pahang. Menurut Penyelia saya Encik Sallehudin, saya boleh merayu kalau tak mau di tukarkan ke Kuantan, lagi pun DG tentu mempertimbangkannya kerana gambar saya bersalaman dengan Perdana Menteri telah keluar didalam akhbar. Tapi dengan ikhlas saya nyatakan kepadanya : saya ingin mencuba hidup baru di negeri Pantai Timur itu!